Saturday 28 April 2012

TING 2: SISTEM PENGANGKUTAN


 JALAN DARAT

1. Terbahagi kepada 2 bahagian
1.       Jalan Darat
2.       Jalan Keretapi

2. Sistem Jalan Darat
1.       Jalan Raya Biasa
2.       Jalan Lebuhraya

3. Semua negeri di Malaysia dihubung dgn Jalan Raya

4. Lebuhraya di Malaysia
·         Lebuh raya Persekutuan – Kuala Lumpur
·         Lebuh raya Utara Selatan – JB – Bukit Kayu Hitam
·         Lebuh raya Timur Barat – Grik – Jeli
·         Lebuh raya Karak – KL – Kuantan
·         Lebuh raya Jerangau – Kuantan – Kuala Terengganu
·         Lebuh raya Trans Borneo – Kuching – Miri
·         Lebuh raya timur – Barat Sabah – Lawas- Lahad Datu

Malaysia – Singapura – Tambak Johor / Link Kedua

 JALAN KERETAPI

1. Terminal Keretapi
  • Padang Besar-Perlis
  • Kuala Lumpur
  • Gemas –pertukaran utara-pantai Timur
  • Tumpat
  • Koata Kinabalu- Tenom- Beuofort

2. Negeri yang tidak ada keretapi
·         Melaka
·         Terengganu
·         Sarawak
 3. Kuala Lumpur – atasi kesesakan
  • LRT- Star/ Putra
  • Monorail
  • Komuter
  • KTM
  • ERL

1.       Sistem berpusat – KL Sentral

 PENGANGKUTAN AIR

1. Dikendali oleh MISC
  
2. Pelabuhan Antarabangsa
  • Pelabuhan Pasir Gudang (Baiki / Bina Kapal)
  • Pelabuhan Tg Pelepas
  • Pelabuhan Kelang
  • Pelabuhan Penang
  • Pelabuhan Tg Gelang-Pahang
  • Pelabuhan Kuching
  • Pelabuhan Kota Kinabalu

PENGANGKUTAN UDARA

1. Dikendali oleh
  • MAS
  • AIR ASIA

2. Lapangan Terbang Antarabangsa
  • Senai
  • KLIA
  • Bayan Lepas
  • Pulau langkawi
  • Kuching
  • Kota Kinabalu
KAJIAN KES

1. NEGARA KANADA

JALAN KERETAPI
  • Jalan keretapi Trans Kanada
  • Jalan keretapi Kebangsaan Kanada

JALANRAYA
  • Lebuh Raya Trans Kanada - terpanjang
  • Lebuh Raya MacKenzie
  • Lebuh Raya Alaska

JALAN AIR
  • Tasik Erie
  • Tasik Michigan
  • TasikOntario
  • Tasik Huron

KEJADIAN SIANG DAN MALAM


      

     
~SubhanALLAH
Sangat cantik..miracle , warna berubah-ubah
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang, demikian juga (pada) peredharan angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran. (Al-Baqarah;164) 
                    

NOTA TING 1:BMB



 KEDUDUKAN MALAYSIA

1. Terletak pada garis bujur 100T.

2. Kedudukan dalam Asia tenggara. Dlam kelompok
    negara-negara ASEAN.

3. Berjiran dengan Thailand (Utara)
                          Indonesia (Barat )
                          Singapura (Selatan)
                           Filipina (Timur)

KEISTIMEWAAN MALAYSIA

1. Mempunyai 13 buah negeri dan 1 wiilayah Persekutuan.

2. Mempunyai pelbagai kaum, budaya, agama serta adat resam.

3. Terletak di Luar Lingkaran Api Pasifik. Bebas daripada gunung berapi, gempa bumi serta taufan kecuali Banjir.

4. Terletak dipersimpangan jalan antarabangsa antara Timur dan Barat.

5. Terbahagi kepada 2
·         Malaysia Barat
Pantai Barat & Pantai Timur
·         Malaysia Timur
Sabah & Sarawak



BENTUK MUKA BUMI

1.Terbahagi kepada 2 bahagian
1.      Sistem gunung lipat Muda
2.      Sistem gunung lipat Tua.

2. Sistem Gunung Lipat Muda
·         Berpunca daripada Pergunungan Pamir (India)
·         Masih Aktif serta terletak dlm lingkaran Api Pasifik.
·         Pembentukan gunung masih wujud.
·         Gunung Terttinggi = Gunung Everset

(banjaran Himalaya)
·         Gunung kedua = Gunung K2

(banjaran Karakoram)
 


Banjaran gunung di Malaysia
1.      Banjaran Crockers
2.      banjaran Trus Madi
3.      Banjaran Brassey
4.      Banjaran Hose]
5.      Banjaran Iran
6.      Banjaran Kelingkang
7.      Banjaran Tama Abu
8.      Banjaran kapuas Hulu

3. Sistem Gunung Lipat Tua.
·         Punca dari Dataran Tinggi Yunnan(China)
·         Giat mengalami hakisan
·         Pembentukan gunung tidak aktif
 


               

·         Banjaran Nakawan – Perlis
·         Banjaran Kedah-Singgora – Kedah
·         Banjaran Kledang
·         Banjaran Bintang – Perak
·         Banjaran Titiwangsa- Tulang belakang
·         Banjaran Tahan- Pahang
·         Banjaran Benom-Pahang
·         Banjaran Pantai Timur-Pantai Timur

TING 2 : LATIHAN PENGUKUHAN


1.Kirakan waktu di Kuala Lumpur 102T pada jam 10.00 pagi , Pukul berapakah waktu di Perth 116T.






2. Jika waktu di Greenwich ialah 8 pagi. Waktu di KL
102 T ialah





3. Apakah waktu di Ottawa, Kanada(75 B), apabila waktu setempat pukul 10.00 mlm pd 31/5 di Sydney
Australi (150 T)








         150 B                                            60T
           A                                                   B
4. Perbezaan masa di antara A dan B ialah





5. Jika waktu tempatan di A ialah 5.00 ptg, berapakah waktu tempatan di B?










6. Jika waktu di A (0) pada jam 12.00 tgh pada 2 Julai
waktu tempatan di B (135 T).










7. Pukul berapakah waktu di Bandar X (102T), jika waktu di London ialah 12.00 tghari.






8. Jika waktu di Meridian Pangkal ialah 10.00 pg,
apakah waktu di KL yg terletak di 102 T.






9.Sekiranya waktu tempatan di Bandar X (60 B) ialah pukul 5.00ptg. Apakah waktu di tempatan di Bandar Y (15 T).






10.Jika waktu di New Orleands (90 B) pukul 12 tgh pada 20 / 11 / 2005, pukul berapakah waktu di Kobe Jepun 135 T.






11. Jika kapten sebuah kapal mendapati bahawa garisan bujur kapalnya itu ialah 60 B ketika waktu di London diistiyharkan jam 10.00pg, waktu tempatan di kapal itu adalah





                                                                             

12. Berapakah perbezaan di antara waktu tempatan di Pelabuhan Standley di Kepulauan Falkland 52 S 57B dengan London 51 U 0?










TAJUK TING 2 : TABURAN PENDUDUK DAN PENDUDUK



1. Nyatakan negeri yang ramai penduduk……………

2. Nyatakan negeri yang sedikit penduduk
     1………………………
     2………………………

3. Nyatakan kawasan berpenduduk padat di Malaysia
     1………………………………
     2………………………………
     3………………………………

4. Nyatakan kawasan berpenduduk jarang di Malaysia
    1………………………………..
    2………………………………..
    3………………………………..

5.
Taburan penduduk
Jum. Penduduk dlm km2
Padat

Sederhana padat

Jarang



6. Kerajaan berhasrat menambah jumlah penduduk pada tahun
    2100 seramai ……………….juta.

7. Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia?
    1…………………………..
    2…………………………..
    3…………………………..
   4…………………………..

8. Nyatakan petempatan awal penduduk Malaysia.
    Kedah =…………………………
   Sarawak =……………………….
   Sabah= ………………………….
  Melaka =…………………………



9. Nyatakan Agensi Kerajaan yg terbabit dlm pembangunan Luar Bandar.
    
Negeri
Agensi Kerajaan
Johor

Pulau Pinang

Terengganu

Kelantan

Pahang


10. Nyatakan pelabuhan yang terdapat di Malaysia
       Johor ………………………………………….
       P. Pinang………………………………………
       Pahang………………………………….
       Sabah……………………………………
       Sarawak………………………………….

11. Nyatakan Pusat Pengajian Tinggi Awan serta lokasi?
      
Daerah / Negeri
IPTA
Skudai

Sintok

Bangi

Batu Pahat

Gombak


12. Negara yang bilangan penduduk paling ramai di dunia ialah…………………………

13. Kadar Kelahiran Kasar ialah


14. Kadar Kematian Kasar ialah


15. Migrasi ialah ……………………………………………..
………………………………….

16 . Ahmad telah meninggalkan Malaysia selama 10 tahun dan kini menetap di Australia. Perpindahan keluar Ahmad
dari Malaysia dikenali …………………………. Manakala
perpindahan masuk Ahmad ke Austarlia dikenali……………

17. Transmigrasi ialah……………………………………….
………………………………………

18. Nyatakan 2 negara yang mengamalkan program Transmigrasi
     1……………………………………..
     2…………………………………….


19.Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar
   kelahiran di Malaysia
     1………………………………….
     2…………………………………
     3………………………………….
     4…………………………………
     5………………………………..
     6………………………………….

20.Jangka Hayat ialah………………………………
…………………………………………………..

Friday 27 April 2012

LATIHAN – IKLIM MALAYSIA



1. Malaysia mengalami iklim jenis ………………………….

2. Nyatakan iklim yang terdapat di Zon Sederhana
     1………………………………….
     2. ……………………………….
    3………………………………….
    4…………………………………

3. Nyatakan 2 angin monsun utama di Malaysia
    1…………………………..
    2…………………………..

4. Angin Monsun Timur Laut bertiup di bulan …………. Hingga bulan……………….

5. Kawasan paling lembap ialah……………………..

6. Kawasan paling kering ialah…………………….

7. Angin Sumetera bertiup dari bulan ……………….. ke bulan…………….

8. Angin Sumatera berasal …………………………..

9. Hujan yang turun di Malaysia dalam bentuk …………………….. dan ………………………

10. Julat suhu tahunan ialah………………………

11. Jumlah hujan dalam setahun ialah……………………………

12. Awan yang membawa hujan yang lebat dikenali ………………………….

13. Bayu laut terjadi pada waktu ……………………….. manakala bayu darat terjadi pada
      waktu ……………………..

14. Nyatakan iklim yang terdapat di Zon Sejuk ialah………………………..

TING 1: LATIHAN PENGUKUHAN

 Perbandingan Iklim dan Cara  Hidup Penduduk
Malaysia dengan Negara Lain.
Jenis Iklim
Khatulistiwa

(Malaysia)

Gurun Thar

(Jacobabad, Pakistan)
Siberia

(Verkhoyansk, Rusia)
Tundra

(Uparnavik, Greenland)
Ciri Iklim





Hujan Tahunan




Min Suhu Tahunan




Julat Suhu




Jenis Hujan




Kegiatan Ekonomi utama






Saturday 21 April 2012

HUTAN DAN LAUTAN BERPERANAN MENYERAP KARBON

Hutan hujan tropika dan lautan merupakan penyerap karbon yang paling besar dalam di dunia ini. Sumbangan ini merupakan faktor utama yang memutuskan kejayaan dalam memerangi isu pemanasan global dan perubahan iklim.

Penebangan hutan hujan tropika bukan sahaja telah mengurangkan jumlah pokok untuk menyimpan karbon, tetapi juga merupakan sumber pelepasan karbon dengan melepaskan hampir 1.1 bilion tan karbon ke dalam atmosfera setiap tahun. Di kebanyakan negara-negara membangun, penebangan hutan merupakan sumber terbesar bagi pelepasan gas rumah hijau.

Baru-baru ini terdapat laporan berita yang memberikan khabar gembira, iaitu berdasarkan satu kajian yang diterbitkan dalam Nature Climate Change, membuktikan bahawa hutan hujan tropika boleh menyerap lebih daripada 21% karbon daripada jangkaan awal.
Dalam kajian terbaru ini, penyelidik-penyelidik telah melakarkan satu peta kepadatan karbon untuk kawasan tropika dengan tahap kejituan dan konsisten yang tinggi. Antara penemuan-penemuan yang dijumpai, mereka mendapati bahawa hutan tropika di Amerika menyimpan sebanyak 118 billion tan karbon, hampir 20% lebih daripada penemuan yang lalu.

Untuk mewujudkan anggaran penyimpanan karbon ini, adalah penting untuk mengetahui tentang jumlah karbon yang dilepaskan ke atmosfera melalui perubahan litupan dan penggunaan tanah.

Tanpa wujudnya perjanjian-perjanjian bersekutu dan komitmen yang berkekalan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, nampaknya hanya hutan dan lautan sahaja yang boleh diharapkan untuk meningkatkan keupayaan bagi menyerap karbon. Hanya inilah senjata utama yang boleh digunakan untuk   menghadapi perubahan iklim. Oleh itu, senjata-senjata utama ini perlu dilindungi dengan mengurangkan pencemaran dan mempraktikkan penggunaan sumber yang mampan.


Tuesday 17 April 2012



Kepentingan kepada sistem bumi:
Suria merupakan punca tenaga utama bagi meneruskan kelangsungan proses dalam sistem bumi dan juga kelangsungan hidup manusia, haiwan serta tumbuhan. Peranan tenaga suria kepada sistem bumi meliputi aspek-aspek seperti yang berikut:

Kepentingan kepada sistem atmosfera.
Semua proses dan fenomena dalam atmosfera bermula dengan adanyatenaga haba. Tanpa tenaga haba, tindakan angin,hujan/kerpasan, ribut taufan, petir dan lain-lain lagi tidak akan berlaku.Contohnya dalam proses kejadian hujan. Bermula dengan tenaga suria yang akan memanaskan permukaan air seperti laut dan sungai.

Tenaga haba yang mencukupi diperlukan untuk membolehkan wap-wap air tersejat ke udara.Semakin tinggi wap-wap air naik ke udara, proses kondensasi akan berlaku yang menunjukkan tenaga haba dalam jisim udara tersebut semakin berkurangan atau suhu di dalamnya semakin rendah sehingga wap-wap air tadi tepu untuk turun sebagai hujan.

Begitu juga dengn angin, syarat yang membolehkan angin bertiup ialah mesti ada perbezan tekanan udara. Perbezaan tekanan udara ini wujud akibat perbezaan suhu tau tenaga di antara dua tempat.

Mengikut Hukum Boyle, apabila suhu tinggi maka tekanan udara menjadi rendah dan apabila suhu rendah maka tekanan udara menjadi tinggi.Angin akan bertiup dri tekanan tinggi ke tekanan rendah. Semakin besar perbezaan tekanan ini maka angin akan berukar menjadi ribut, taufan, tornado dan sebagainya.

Kepentingan kepada sistem geomorfologi.
Untuk membolehkan semua proses geomorlogi seperti luluhawa,hakisan,pengangkutan,dan pemendapan berlaku mesti adanya tenaga haba dari sinar suria. Tenaga ini akan bertukar kepada pelbagai bentuk khususnya tenaga potensi dan juga tenaga kinetik.Kedua-dua tenaga ini menjadi penentu kepada kelangsungan proses-proses geomorfologi di muka bumi ini.

Dalam proses luluhawa fizikal tenaga suria(haba) diperlukan untuk meningkatkan dan menurunkan suhu mengikut perubahan siang dan malam.Perubahan tenaga haba ini akan menyebabkan batuan menjadi leburpanas dan sejuk dan seterusnya tersepai. Begitu juga dengan luluhawa kimia, tenaga haba diperlukan untuk membolehkannya beroperasi.
Mengikut prinsip Vant Hoff “syarat mula luluhawa kimia bertindak ialah pada suhu 10 dan setiap kali suhu meningkat sebanyak 10 maka kadar tindak balas kimia batuan akan turut meningkat 2 atau 3 kali ganda.

Dalam proses hakisan pula, tenaga yang bertindak ialah tenaga kimia yang juga berasal daripada tenaga haba suria yang telah mengalami perubahan.

Semakin laju pergerakan air sama ada sungai,ombak, atau glasier maka tenaga kinetik yang terhasil adalah tinggi dan ini akan menyebabkan kadar hakisan juga menjadi tinggi.

Dalam kes hakisan glasier misalnya, kadar hakisan akan berganda pada musim panas kerana pada masa itu kuantiti glasier yang cair adalah banyak. Kecairan glasier hanya berlaku apabila mempunyai tenaga haba suria yang mencukupi.

Kepentingan kepada sistem hidrologi
Kitaran hidrologi biasanya dimulakan dengan proses sejatan permukaan dan juga sejat-peluhan tumbuhan serta tanih.

Mengikut RJ Chorley (1969) untuk memulakan sejatan di permukaan air laut, tasik dan sungai memerlukan sejumlah 600 kalori haba bagi setiap satu gram air pada suhu 100°c.
Begitu juga dengan proses sejat-peluh dari tumbuhan dan lembapan tanih.Tumbuhan memerlukan tenaga haba untuk melakukan proses transpirasi bagi membolehkan wap-wap air terbebas menerusi liang stomanya.

Semakin tinggi haba maka kadar transpirasi semakin meningkat.

Kepentingan kepada sistem ekologi.
Dalam konteks ekologi, kepentingan tenaga suria boleh dilihat dari 2 aspek iaitu kepentingannya kepada ekosistem dan juga kepentingannya kepada tumbesaran tumbuhan dalam ekosistem.
Ekosistem melibatkan rantaian makanan, untuk membolehkan bekalan tenaga suria yang cukup kepada tumbuhan yang bertindak sebagai pengeluar.
Tanpa tenaga suria tumbuhan tidak dapat melakukan proses fotosintesis untuk membuat makanannya.

Tenaga suria juga penting dalam tumbesaran hutan semula jadi.
Dengan adanya bekalan suhu dan hujan yang cukup ini maka pelbagai pokok kayu keras seperti cengal,seraya dan balau tumbuh dengan baik di samping tumbuhan menumpang dan melilit, spora serta paku pakis dan sebagainya.
Kepelbagaian jenis tumbuhan ini pula telah menjadi habitat pelbagai jenis fauna di dalam ekosistem hutan

Kepentingan tenaga suria kepada manusia.
1.        Menjalankan aktiviti pertanian.Jumlah tenaga suria yang cukup dipelukan untuk  membolehkan tanaman melakukan pelbagai jenis aktiviti.
2.       Menjalankan aktiviti pelancongan.Sinar suria amat mempengaruhi nilai suhu  setempat dan seterusnya nilai suhu yang berbeza akan mempengaruhi aktiviti pelancongan.
3.      Menjalankan aktiviti perikanan.Tenaga suria amat penting dalam  mempengaruhi suhu air dan arus laut.Ia akan mewujudkan habitat yang sesuai untuk hidupan.
4.       Menjalankan aktiviti perindustrian.Amat penting bagi industri sederhana seperti aktiviti pengeringan,industri batik dan lain-lain.